Friday 12 January 2018

Puisi Bawah KLCC

Lalu aku termenung disini, dipenuhi bingitnya kesesakan kota.
Aku cari bunyi itu disekeliling, Ada.
Aku cari bunyi itu di dalam hati, Hampa.

Oh hati, bila kan entah bakal ada bunyi, bakal ada seri.

Dalam riuh kota ini.
Aku sepi.

- KLCC, 12 Januari 2015.



Wednesday 11 October 2017

Janji Sungai

Di tepi sebatang sungai
Air mata berderai
Mengenang janji yang pernah dimeterai
Di atas batu sumpah Kelembai

Janji yang diputus
Rupanya janji si politikus
Yang meluahkan kata dari usus
Selincah halilintar deus otiosus
Yang diwaris tuhan bernama Zeus

Hei si Pandir
Sungai itu masih mengalir
Buanglah kata yang berlendir
Moga segala dendam
yang kau ukir
Berubah menjadi zikir

Pada segala kesulitan
yang dipermudah
Alhamdulillah



Monday 3 July 2017

Tiga Orang Budak Pekan

tiga orang budak pekan
mereka saudara dan mereka rakan
berkawan baik dari kecil-kecilan
hingga dewasa masih sepersatuan


tiga orang budak pekan
suatu hari mengambil keputusan
mencari tenang di kejauhan
menyusun kembali fail-fail kejadian
menyisir semula helaian permasalahan
dan mencari semula erti kehidupan

tiga orang budak pekan
langsung meninggalkan pekan
tanpa arah dan tanpa panduan
memandu meredah dan melanggar peraturan
tidak perduli sebarang kecaman
mencari angin yang penuh kedamaian

tiga orang budak pekan
terjumpa tanah orang pilihan
di ufuknya sebuah pemandangan
di dadanya sebuah hamparan
di hatinya sebuah kenderaan
yang mengajak mereka menunggangnya
menuju kebenaran
akan hidup, mati, kehidupan dan kematian

tiga orang budak pekan
mulanya mati ditelan ketiadaan
kemudian hidup diluah kepenuhan
akhirnya senyum diisi kepuasan


Saturday 26 November 2016

Selesai

Kerja itu tidak pernah selesai
Cuti itu tidak pernah memadai

Hidup itu tidak pernah lepas
Gembira itu tidak pernah puas

Iman Itu tidak pernah utuh
Mati itu tidak pernah jauh


Metaforfosis

Kadang tak boleh gapai
Apa yang nak dicapai
Tak tersampai mana kita nak pergi
Jangan salahkan diri sendiri
Jangan sakitkan hati
Biasalah hidup memang macam ni

Kita mimpi jadi arkitek
Akhirnya mengetuk mesin taip
Kita mimpi jadi penyanyi
Duduk di meja menanti gaji

Jadi itu dan jadi ini
Cuba cari diri sendiri
Akhirnya baru kita sedari
Baik menjadi diri sendiri

Jadi apa tunggu lagi
Mari nikmati hidup ini
Sekali lagi
Mari kita pergi
Capai impian hati


Biar mati nanti
Orang ingat dalam hati
Biar mati nanti
Orang ingat sampai mati.
Biar mati nanti
Orang masih ingat lagi

Biar mati nanti
Tak ada apa disesali



Tuesday 23 August 2016

Racun Yang Manis Episod V

Engkau datang bak taufan
Buat aku tidak keruan
Belum sempat kita berkenalan
Kita sudah berkasih-kasihan
Inilah garis masa dan ketika ku yang paling edan

Berkali-kali aku dipesan
Gadis yang ini bukan mainan
Namun ku turutkan perasaan
Terus ku hilang, lemas, tenggelam, larut, tanpa kawalan

Kau membuat putaran bumiku beralih paksi
Aku makin leka sambil rakan-rakan memerhati
Diriku bukanlah begini
Apa sudah jadi, mereka terus rasa simpati
Pada aku yang asyik, leka, lupa diri

Oh manisnya racun yang satu ini
Perlahan-lahan ia menghakis peribadi
Hingga tiba suatu hari
Segala buruk, pekung, dan semua yang kau cuba sembunyi
Aku ketahui

Cukup sampai disini
Pergi kau pergi mati
Racun yang manis tiada lagi

Kini
Aku aman di sini

Terimakasih, Isteri

Racun Yang Manis Episod IV

Bertemu tapi tak bersua muka
Acah-acah cinta pandang pertama
Berkenal dan mencari cinta
Cinta dijumpa dikongsi bersama

Namun masih terlalu awal lagi
Belum kenal peribadi diri
Sudah mencurah kata janji
Sudah berangan sehidup semati

Lalu kau teresak menangis
Mengenangkan nasib kau yang sadis
Gejolak hatimu timbul kudis
Setelah kau minum racun yang manis

Yang separa sedar aku titis.
Dalam nada dan dalam mesej.

Maaf MJ